
DALAT: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah memaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan ‘culvert’ baharu akan dilaksanakan di kawasan Jalan Simpang SMK Dalat dan Pejabat Pendidikan Dalat, Daerah Dalat, bermula 29 Oktober 2025 sehingga kerja penyelenggaraan selesai.
Kerja-kerja tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JKR untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.
Pihak JKR menekankan bahawa pematuhan terhadap papan tanda keselamatan yang disediakan oleh kontraktor adalah amat penting bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan atau gangguan lalu lintas.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih awal dan berhati-hati ketika melalui kawasan yang sedang dibaiki, terutamanya pada waktu puncak.
JKR juga memohon kerjasama semua pihak untuk memberi laluan kepada kenderaan berat yang terlibat dalam kerja pemasangan culvert bagi memastikan proses kerja berjalan lancar dan selamat.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi JKR Bahagian Mukah di talian 084-872 180 pada waktu pejabat.
Oleh Amanda L