Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerja pelebaran jalan raya bermula di Desa Wira bagi mengatasi kesesakan trafik
  • TEMPATAN

Kerja pelebaran jalan raya bermula di Desa Wira bagi mengatasi kesesakan trafik

Utusan Sarawak 7 hours ago
TAN Kai menyerahkan Projek Pelebaran Jalan Raya di Lorong 3, Desa Wira kepada kontraktor.

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai, berkata kerja pelebaran jalan raya di Lorong 3, Desa Wira, telah bermula bagi mengurangkan kesesakan trafik di kawasan tersebut.

Ketika dihubungi, Tan berkata projek itu telah diserahkan kepada kontraktor baru-baru ini.

“Ini merupakan kawasan perumahan dan salah satu lorong di Desa Wira yang bersambung ke Pine Square. Mujur terdapat ruang yang mencukupi untuk melebarkan jalan,” katanya.

Beliau berkata perkembangan pesat di kawasan itu telah menyebabkan peningkatan kesesakan. Justeru, pelebaran jalan amat diperlukan demi kemudahan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Skop kerja merangkumi pelebaran jalan, pemasangan bebendul jalan, penandaan jalan, serta pemasangan penghadang keselamatan.

Projek tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga bulan dengan kos sebanyak RM149,596.70.

Tan menambah beliau telah melawat kawasan tersebut hari ini bagi meninjau keadaan dan berpuas hati dengan kemajuan kerja yang sedang dijalankan.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: OKSHE diserah kepada kementerian, perkukuh agenda warisan pintar Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.