Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja naik taraf Jalan Ling Kai Cheng dijalankan waktu malam elak gangguan trafik
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerja naik taraf Jalan Ling Kai Cheng dijalankan waktu malam elak gangguan trafik

Utusan Sarawak 16 hours ago

PROJEK MENAIKTARAF… Jalan Ling Kai Ching dijalankan pada waktu malam untuk mengelakkan gangguan aliran trafik harian yang sibuk di kawasan tersebut.

SIBU: Projek menaik taraf Jalan Ling Kai Cheng kini dijalankan pada waktu malam bagi mengelakkan gangguan terhadap aliran trafik harian yang sibuk di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata kerja penambahbaikan itu dilaksanakan dari 8.00 malam hingga 4.00 pagi setiap hari bagi memastikan pengguna jalan raya tidak terjejas pada waktu puncak.

“Kita memilih untuk melaksanakan projek ini pada waktu malam supaya tidak mengganggu trafik pada waktu siang.

“Jalan Ling Kai Cheng merupakan antara jalan utama dan sangat penting di kawasan saya (Dewan Undangan Negeri Pelawan), jadi kami mahu memastikan kerja menaik taraf ini berjalan lancar tanpa menimbulkan kesulitan kepada orang awam,” jelasnya kepada pemberita selepas melawat kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut semalam.

TIANG ketika ditemui pemberita selepas melawat projek menaiktaraf Jalan Ling Kai Cheng semalam.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan memberitahu, kerja-kerja penambahbaikan sudah dimulakan namun terjejas seketika akibat hujan lebat pada awal pagi semalam yang menyebabkan permukaan jalan menjadi lembut dan licin.

“Saya menerima beberapa maklum balas daripada pengguna jalan raya, namun saya ingin jelaskan bahawa ini hanyalah keadaan sementara kerana kerja masih dalam proses pelaksanaan. Kami berterima kasih atas keprihatinan orang ramai terhadap usaha ini,” ujarnya.

Beliau berkata, pihak kontraktor telah diarahkan memperkukuh asas jalan dan memastikan keadaan permukaan tidak berdebu agar selesa digunakan oleh pengguna.

“Malam ini saya sendiri turun meninjau kerja di tapak. Jika esok masih berdebu, kita akan sembur air bagi mengurangkan habuk. Ini kerja sementara sebelum keseluruhan projek siap sepenuhnya,” katanya.

Katanya, kerja menaik taraf tersebut melibatkan penambakan batu kerikil dan pasir bagi membina aras jalan sebelum dilapisi bahan turapan.

“Selepas bahagian ini siap, kerja akan diteruskan di bahagian bertentangan. Kita juga akan bina longkang tepi dan tembok penahan di kawasan tertentu termasuk di hadapan sekolah bagi memastikan pasir dan batu tidak mengalir ke dalam longkang,” kata beliau.

Projek menaik taraf sepanjang satu kilometer itu menelan kos RM3.6 juta dan dijangka siap pada Januari tahun depan, sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

“Kita sedar sekarang musim hujan, jadi kita akan cuba siapkan secepat mungkin bergantung pada keadaan cuaca. Harapan saya, menjelang Tahun Baharu Cina nanti, penduduk Sibu akan menikmati kemudahan jalan yang lebih baik dan selesa,” ujar beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Sri Aman terima kenderaan penyelamat baharu tingkat kecekapan operasi 
Next: Sistem peparitan dinaik taraf, atasi risiko limpahan air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.