Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja naik taraf jalan ke Bakam giat dilaksana, pengguna diminta berhati-hati
  • WILAYAH

Kerja naik taraf jalan ke Bakam giat dilaksana, pengguna diminta berhati-hati

Utusan Sarawak 10 hours ago
HATI-HATI… Pihak kontraktor sedang giat melakukan kerja-kerja di Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu di Jambatan Sungai Keluru menuju ke Bakam hari ini. Foto Adum Liu

MIRI: Kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf permukaan jalan di Jambatan Sungai Keluru menuju ke Bakam yang bermula 10 September lalu sedang giat dijalankan.

Tinjauan Utusan Sarawak hari ini mendapati pihak kontraktor sedang giat melakukan kerja-kerja di kawasan tersebut.

Penutupan sementara separuh jalan di kawasan itu telah dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak melalui laman Facebook pada awal September lalu.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, mematuhi arahan papan tanda keselamatan di lokasi kerja serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau kelewatan.

HATI-HATI… Pihak kontraktor sedang giat melakukan kerja-kerja di Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu di Jambatan Sungai Keluru menuju ke Bakam hari ini. Foto Adum Liu

Penutupan ini dilaksanakan dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf permukaan jalan di kawasan tersebut.

Selain itu, di sepanjang Jalan Persisiran Pantai Bekenu-Bakam turut didapati pihak kontraktor sedang giat melakukan kerja-kerja pembinaan parit di beberapa kawasan iaitu di Simpang Kampung Terahad, Simpang Pantai Tusan dan Simpang Beraya.

Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi memastikan kelancaran kerja-kerja pembinaan ini.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik sepanjang tempoh kerja, orang ramai boleh menghubungi Pejabat JKR Bahagian Miri di talian 085-442244 pada waktu pejabat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKM beri bantuan makanan 21 kawasan terjejas banjir di Marudi
Next: Jalan berlubang di Lebuh Raya Pan Borneo KM877 undang bahaya pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.