Kerja naik taraf jalan di Sungai Buri, Jalan Miri-Bintulu siap minggu depan 

Facebook
WhatsApp

MIRI: Kerja naik taraf jalan berturap di kawasan rumah panjang, Sungai Buri di Bukit Song Jalan Miri Bintulu di sini dijangka siap minggu depan.

Menurut kontraktor pembinaan jalan yang dikenali Ah Hiong, jalan berturap itu dijangka boleh disiapkan dalam masa sehari dua lagi.

Katanya, jalan berturap itu adalah sepanjang 1.2 kilometer melalui saluran projek seliaan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek tersebut terletak di kawasan Parlimen Baram dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi.

Jalan berturap yang bakal siap itu nanti akan memberi banyak manfaat dan memudahkan pergerakan penduduk di sekitar terbabit menjalankan pelbagai aktiviti pertanian mereka.

Sehubungan itu, Utusan Sarawak turut difahamkan bahawa pihak kontraktor terbabit juga dalam proses pembinaan jalan raya di kawasan Bakam (DUN) Lambir.

Oleh Adum Liu