Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja naik taraf jalan di Kemena bermula 23 April ini
  • WILAYAH

Kerja naik taraf jalan di Kemena bermula 23 April ini

Utusan Sarawak 3 hours ago
LOKASI jalan yang akan ditutup untuk kerja-kerja naik taraf bermula pada 23 April dan dijangka akan mengambil tempoh empat minggu. Foto BDA

BINTULU: Kerja-kerja menaik taraf susur jalan di kawasan Kemena Commercial Centre belakang Pusat Beli-Belah Boulevard dijadualkan bermula pada 23 April ini, dan dijangka mengambil tempoh kira-kira empat minggu.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihatkan untuk memindahkan kenderaan serta sebarang halangan di kawasan terlibat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan yang akan dijalankan sepanjang tempoh tersebut.

“Langkah ini penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek di samping menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta pekerja di lokasi berkenaan,” dalam satu kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan sepanjang kerja-kerja naik taraf dijalankan.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi bahagian infrastruktur di talian 086-332662 atau melalui SMS Hotline di 013-8362277.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi manfaat kepada kemudahan awam di kawasan tersebut.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Integriti asas kepimpinan, benteng utama tolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa
Next: Masyarakat perlu tapis maklumat elak jejas perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.