Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja naik taraf gelanggang bola keranjang Taman Bumiko capai 70 peratus
  • Utara
  • WILAYAH

Kerja naik taraf gelanggang bola keranjang Taman Bumiko capai 70 peratus

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting, meninjau kerja naik taraf gelanggang bola keranjang Taman Bumiko di Miri.

MIRI: Kerja naik taraf gelanggang bola keranjang Taman Bumiko di sini kini telah mencapai sekitar 70 peratus siap, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting.

Beliau berkata projek bernilai RM150,000 itu dibiayai melalui Program Transformasi Luar Bandar 2024 dan diluluskan susulan permohonan penduduk setempat yang berharap kemudahan tersebut dinaik taraf demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

“Skop kerja termasuk pembaikan dan penyelenggaraan longkang serta paip air hujan yang rosak, penggantian papan bola keranjang lama kepada papan berangka besi dengan kaca lutsinar terbaja, pemasangan gelang dan jaring baharu, penambahan bangku rehat, selain penurapan semula serta mengecat lantai gelanggang dan melukis semula garisan mengikut piawaian,” katanya ketika meninjau kemajuan projek tersebut.

Ting, yang turun padang bersama pasukan perkhidmatannya, pegawai Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Miri, kontraktor, serta ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, berkata projek itu bermula pada November tahun lalu dan dijangka siap pada awal Februari ini.

Beliau menambah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung turut diberi tanggungjawab memantau kemajuan kerja bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

Sejak memegang jawatan sebagai wakil rakyat, Ting berkata beliau sentiasa komited memperkasa pembangunan taman rekreasi dan kemudahan sukan di kawasannya bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

“Saya berharap penduduk dapat memanfaatkan sepenuhnya gelanggang bola keranjang serta kemudahan awam lain, meluangkan masa untuk bersukan dan membudayakan amalan hidup sihat bersama,” katanya.

Continue Reading

Previous: 60 pek bantuan makanan dihantar ke Kampung Melayu Sebauh
Next: Penutup parit rosak undang bahaya kepada orang awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.