Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja meroboh jejantas depan Hospital Umum bermula malam ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerja meroboh jejantas depan Hospital Umum bermula malam ini

Utusan Sarawak 16 hours ago

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memaklumkan bahawa kerja-kerja meroboh jejantas sedia ada di hadapan Hospital Umum Sarawak (HUS) di Jalan Tun Abang Haji Openg akan dilaksanakan bermula malam ini hingga esok.

Ini sebagai sebahagian projek Cadangan Bina Semula Jejantas Hospital Umum Sarawak (Pakej 1: Kerja-Kerja Meroboh Jejantas).

Menurut kenyataan DBKU, kerja-kerja tersebut akan dijalankan selama dua malam berturut-turut pada hari ini dan esok (4 dan 5 November 2025), bermula dari jam 10 malam hingga 5 pagi, bagi mengurangkan gangguan kepada aliran trafik pada waktu puncak.

Jalan utama yang akan terlibat ialah Jalan Tun Abang Haji Openg, manakala Jalan Crookshank dan Jalan Hospital (Access Road) akan dijadikan sebagai laluan alternatif sepanjang tempoh kerja dijalankan.

Kerja-kerja berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha menaik taraf kemudahan pejalan kaki di kawasan Hospital Umum Sarawak bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna pada masa hadapan.

Continue Reading

Previous: 87 peserta sertai program kesedaran kebakaran di SK Nanga Kara
Next: Kalaka terus membangun, terima kasih GPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.