Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerja baik pulih Kompleks Sukan Lundu dalam fasa reka bentuk
  • TEMPATAN

Kerja baik pulih Kompleks Sukan Lundu dalam fasa reka bentuk

Utusan Sarawak 2 years ago
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan.

KUCHING: Kerja-kerja baik pulih Kompleks Sukan Lundu kini sedang dalam fasa reka bentuk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, reka bentuk kompleks berkenaan mungkin akan dimuktamadkan pada tahun ini.

Katanya, setelah selesai fasa reka bentuk dan proses tender projek yang bernilai RM5 juta itu, proses pembinaan akan terus dijalankan dan dijangka siap dalam masa setahun.

“Projek ini akan menyaksikan Lundu mempunyai satu padang yang menepati piawaian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilengkapi kemudahan lampu limpah.

“Oleh itu, padang tersebut boleh digunakan untuk pertandingan bola sepak seperti Liga Malaysia atau Liga Premier.

“Selain itu, kami juga akan menaik taraf stadium tertutup di Kompleks Sukan Lundu ini kerana kondisinya sudah lama, sejak tahun 90-an,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan rumah terbuka di kediamannya di sini malam tadi.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: SUKMA 2024 Sarawak: Taekwondo antara 26 sukan bakal dipertandingkan
Next: Harga RON97, RON95, diesel kekal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.