Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta terjatuh ke sungai di Kampung Melayu Skait, tiada mangsa ditemui
  • KEMALANGAN

Kereta terjatuh ke sungai di Kampung Melayu Skait, tiada mangsa ditemui

Utusan Sarawak 2 days ago
SEBUAH kereta yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Melayu Skait, di sini, menggemparkan penduduk setempat pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

SIMANGGANG: Penemuan sebuah kereta yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Melayu Skait, di sini, menggemparkan penduduk setempat pagi tadi. 

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut pihak berkuasa mendapati tiada mangsa berada di dalam kenderaan tersebut.

​Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan terus ke balai daripada orang awam pada jam 10.48 pagi.

​Komander Operasi, Elijah Tiyit memaklumkan, seramai tujuh anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

​”Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta berada di dalam sungai, kira-kira 30 meter ke arah hilir dari titik dipercayai terjatuh.

​”Anggota kami telah melakukan pemeriksaan rapi ke dalam kenderaan tersebut dan mengesahkan tiada sebarang mangsa ditemui di dalamnya,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

​Selain pemeriksaan pada kenderaan, pasukan operasi turut melakukan pencarian di sepanjang tebing sungai berhampiran lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa terlibat atau tercampak keluar semasa kejadian berlaku.

​Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi membantu kawalan keselamatan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian.

​Operasi tamat setelah keadaan dipastikan benar-benar selamat.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mangsa terjatuh dari perahu di Muara Sungai Batang Oya ditemui tidak bernyawa
Next: Suspek rempuh pelajar UniSZA miliki rekod rawatan psikiatri – Polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.