Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta terbalik di Jalan Bako, dua wanita cedera ringan
  • KEMALANGAN

Kereta terbalik di Jalan Bako, dua wanita cedera ringan

Utusan Sarawak 11 hours ago
SEBUAH kereta jenis Perodua Axia terbalik di bahu jalan selepas terbabas dalam kemalangan kendiri di Jalan Bako, Demak Industrial Park, Kuching, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Dua wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam satu kemalangan kendiri di kawasan Demak Industrial Park, Jalan Bako, petang tadi.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.31 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang diketuai Syamsyul Mustapha tiba di lokasi sekitar 11 minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia yang terbabas serta terbalik di bahu jalan.

Dua mangsa wanita berusia lingkungan 56 dan 58 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan luaran serius tetapi mengadu sakit di bahagian dada.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut sebaik ambulans tiba di lokasi kejadian.

Continue Reading

Previous: SUV terbalik di Jalan Semop, warga emas selamat
Next: Dua juruterbang maut dalam nahas pesawat kargo di Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.