
KUCHING: Sebuah kereta pacuan empat roda dilaporkan terbakar berhadapan 101 di Jalan Tun Jugah, di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 2.35 pagi, dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang terus ke lokasi kejadian.
“Seramai lapan anggota menggunakan sebuah jentera tiba di lokasi kejadian pada 2.42 pagi, dan mendapati sebuah kereta pacuan empat roda dengan nombor pendaftaran tidak diketahui terbakar.
“Kebakaran tidak melibatkan mangsa cedera,” kata Komander Operasi PBK I (TBK I) Abdul Aziz Swandi menerusi kenyataan dikeluarkan PGO JBPM, hari ini.
Abdul Aziz Swandi, berkata kebakaran berjaya dikawal pada 3.12 pagi, dan operasi tamat sepenuhnya 3.14 pagi.
Oleh Norman B.