Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta terbakar di Tudan, api dipadam pemilik sebelum bomba tiba
  • KEBAKARAN

Kereta terbakar di Tudan, api dipadam pemilik sebelum bomba tiba

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERBAKAR… Bahagian hadapan kereta yang musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Balsam, Tudan awal pagi tadi.

MIRI: Sebuah kereta terbakar dalam satu kejadian di Jalan Balsam, Tudan, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.50 pagi.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bersama tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi pada 2.58 pagi, didapati kira-kira 20 peratus bahagian hadapan kenderaan terbabit telah terbakar.

“Bagaimanapun, api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pemilik kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.31 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan oleh Unit Forensik Bomba.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bomba berjaya padamkan dapur terbakar akibat kebocoran gas
Next: Kebakaran jengkaut di Kampung Tunah berjaya dikawal sebelum ketibaan bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.