

SEBUAH kereta musnah terbakar di Lorong Perdana 5 Tudan awal pagi tadi. Foto BBP Lutong
MIRI: Sebuah kereta diparkir di tepi jalan terbakar dalam kejadian yang berlaku di Lorong Perdana 5 Tudan di sini, awal pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.18 pagi.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari BBP Lutong telah digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 12 kilometer dari balai.


PADAM API…Pasukan bomba memadamkan api yang memusnahkan sebuah kereta dalam kejadian yang berlaku di Lorong Perdana 5 Tudan di MIRI awal pagi tadi. Foto BBP Lutong
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO)tiba di lokasi didapati benar ada berlakunya kebakaran kereta dan telah terbakar 95 peratus.
“Setelah membuat penilaian, PKO bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan satu saluran bantu mula pam air daripada tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya,” katanya di sini.
Henry berkata, operasi itu tamat sekitar 3.43 pagi.
Oleh Liong Chai Ling