Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta terbakar di Bulatan Kampung Gersik, pemandu sempat selamatkan diri
  • KEBAKARAN

Kereta terbakar di Bulatan Kampung Gersik, pemandu sempat selamatkan diri

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEBAKARAN… Kereta jenis Honda Accord terbakar di bahagian enjin dalam satu kejadian di Bulatan Kampung Gersik, sekitar tengah hari tadi. Foto JBPM Sarawak

PETRA JAYA: Kereta jenis Honda Accord terbakar di bahagian enjin dalam satu kejadian di Bulatan Kampung Gersik, di sini, sekitar tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 11.56 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi.

Komander operasi, Mohd Nizam Bujang berkata, kebakaran melibatkan kereta yang terbakar sepenuhnya di bahagian enjin.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut berjaya menyelamatkan diri dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memadam kebakaran sehingga keadaan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi pemadaman melibatkan tujuh anggota dengan bantuan jentera penyelamat kebakaran (FRT).

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah di Bukit Berangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.