Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta terbakar 90 peratus di Lebuh Raya Pan Borneo Lundu
  • KEBAKARAN

Kereta terbakar 90 peratus di Lebuh Raya Pan Borneo Lundu

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR menunjukkan pasukan bomba BBP Lundu menjalankan kerja pemadaman kebakaran sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang terbakar 90 peratus awal pagi tadi. Foto JBPM

LUNDU: Sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi hampir musnah dalam satu kejadian kebakaran kereta yang berlaku di Lebuh Raya Pan Borneo, berhampiran Kampung Tebero, Lundu, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Sarawak, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.33 pagi dan jentera tiba di lokasi kira-kira 3.48 pagi, dengan jarak perjalanan sejauh 14 kilometer.

Komander Operasi, PBK I Iskandar Apet memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah kenderaan yang terbakar kira-kira 90 peratus.

Pasukan bomba bertindak melakukan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari jentera bagi mengawal serta memadam kebakaran.

“Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada 4.00 pagi dan tamat sepenuhnya sekitar 4.10 pagi. Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setelah memastikan tiada lagi punca api dan tiada risiko kemerebakan, pasukan bomba kemudian beredar dan kembali ke balai.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut. Operasi melibatkan seramai enam anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta musnah terbakar di Lorong Foochow awal pagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.