Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta terbabas di Jalan Miri-Bintulu undang bahaya kepada pengguna
  • KEMALANGAN

Kereta terbabas di Jalan Miri-Bintulu undang bahaya kepada pengguna

Utusan Sarawak 13 hours ago
SIAPA YANG PUNYA… Sebuah Proton Waja yang tersadai dengan keadaan remuk teruk dalam parit dekat rumah panjang Edward Nulie di Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu sangat bahaya kepada pengguna jalan raya.

NIAH: Sebuah kereta jenis Proton Waja yang tersadai dalam keadaan remuk teruk di dalam parit berhampiran Rumah Panjang Edward Nulie, Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu, menimbulkan kebimbangan pengguna jalan raya.

Sebuah video berdurasi lapan saat yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan lokasi kejadian dan menyuarakan kebimbangan tentang risiko kemalangan, terutamanya apabila kenderaan berat seperti lori melalui jalan tersebut.

Menurut pengirim video, kenderaan itu telah tersadai di lokasi tersebut lebih dua minggu. Pada 18 Jun lepas, kereta tersebut masih mempunyai dua tayar, namun keesokan harinya tayar-tayar itu didapati telah hilang.

Orang awam berharap pihak berkuasa atau pihak berkaitan dapat segera mengalihkan kenderaan itu demi keselamatan pengguna, terutamanya pada waktu malam atau ketika berselisih dengan kenderaan besar.

Kenderaan yang ditinggalkan di bahu jalan atau dalam parit tanpa sebarang tanda amaran boleh menyebabkan kecelakaan serius, justeru tindakan segera amat diperlukan sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini.

Oleh Adum Liu

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki terjatuh dalam sungai ditemukan lemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.