Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta rempuh tiang lampu di Jalan Laksamana Cheng Ho
  • KEMALANGAN

Kereta rempuh tiang lampu di Jalan Laksamana Cheng Ho

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIANG lampu tumbang selepas dirempuh sebuah kereta, menghempap kenderaan dari arah bertentangan.

KUCHING: Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita menuju ke Jalan Song melalui Jalan Laksamana Cheng Ho hilang kawalan dan melanggar sebatang tiang lampu pada 11.10 pagi tadi.

Kemalangan berlaku di hadapan Chicago 7 sehingga menyebabkan tiang lampu tersebut tumbang dan menghempap sebuah kereta dari arah bertentangan yang menuju ke Batu 3.

Insiden tersebut turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan buat sementara waktu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang ditemui lemas di hilir Long Kebar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.