Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta musnah terbakar di Lorong Foochow awal pagi
  • KEBAKARAN

Kereta musnah terbakar di Lorong Foochow awal pagi

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEADAAN kereta terbakar pagi tadi.

KUCHING: Sebuah kereta jenis Naza Sutera musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran di tepi jalan berhampiran Lorong Foochow 1T, di sini awal pagi tadi. 

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada

1.07 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba tiba kira-kira enam minit kemudian pada 1.13 pagi dan di lokasi, didapati sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan sedang terbakar dan api telah merebak sehingga memusnahkan kenderaan tersebut sepenuhnya.

Komander Operasi, PBK I Said Muhammad Imran Sahul Hamid berkata, pasukan bomba segera menjalankan kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi mengawal dan memadam kebakaran.

“Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.30 pagi dan ditamatkan lapan minit kemudian setelah pasukan memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya. 

Menurut beliau, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa dan tiada pemilik kenderaan berada di lokasi semasa kebakaran berlaku.

Punca kebakaran masih belum dinyatakan.

OLeh Adele Rissa

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Lelaki melecur dalam kebakaran rumah kedai di Kampung Raso 2
Next: Kereta terbakar 90 peratus di Lebuh Raya Pan Borneo Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.