Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta musnah dalam kebakaran akibat kemalangan kendiri di Simpang Kanowit
  • KEBAKARAN

Kereta musnah dalam kebakaran akibat kemalangan kendiri di Simpang Kanowit

Utusan Sarawak 10 hours ago
Sebuah kenderaan jenis Hyundai Atos musnah sepenuhnya dalam kebakaran akibat kemalangan kendiri di Simpang Kanowit, Sibu, malam tadi.

SIBU: Sebuah kenderaan jenis Hyundai Atos musnah sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran kereta akibat kemalangan kendiri di Simpang Kanowit, di sini, malam tadi.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.06 malam, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 22 kilometer dari balai.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada 8.29 malam dan mendapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kenderaan yang telah terbakar sepenuhnya.

“Mangsa, seorang lelaki dewasa, berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pihak bomba dan telah dihantar ke Hospital Kanowit menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut kenyataan itu, semalam.

Mengulas lanjut, operasi pemadaman diketuai oleh PBK I Salaini Oda selaku Komander Operasi Kanan, dengan kekuatan enam anggota serta sebuah jentera penyelamat kebakaran (FRT).

Sebuah kenderaan jenis Hyundai Atos musnah sepenuhnya dalam kebakaran akibat kemalangan kendiri di Simpang Kanowit, Sibu, malam tadi.

“Pasukan bomba bertindak melakukan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari pam jentera sehingga kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.50 malam.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.53 malam selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal, sebelum pasukan bertolak balik ke balai.

“Tiada kecederaan serius dilaporkan dan punca kebakaran masih belum dinyatakan,” ujarnya.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua kenderaan terbakar di perkarangan Subaru Kuching Auto Mart
Next: Kebakaran dapur hampir musnahkan kediaman pekerja di Jalan Main Bazaar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.