Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta MPV terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Lachau
  • KEBAKARAN

Kereta MPV terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Lachau

Utusan Sarawak 15 hours ago
SEBUAH MPV jenis Toyota Vellfire Hybrid telah terbakar dalam kejadian di Jalan Pan Borneo Sri Aman-Lachau dekat sini hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

SRI AMAN: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire Hybrid telah terbakar dalam kejadian di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Lachau dekat sini hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah menerima panggilan daripada penduduk berhubung kebakaran itu sekitar 2.28 petang.

Seramai tujuh anggota daripada BBP Sri Aman yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 2, Noor Faqriakmal Jamari telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan tersebut.

SEBUAH MPV jenis Toyota Vellfire Hybrid telah terbakar dalam kejadian di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Lachau dekat sini hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati berlakunya kebakaran kenderaan MPV jenis Toyota Vellfire Hybrid di dalam simpang pusingan P di Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Lachau.

“Semasa ketibaan anggota bomba, mangsa tiada di lokasi kejadian. Mangsa telah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman untuk membuat laporan polis,” katanya.

Dalam pada itu, PGO berkata PKO BBP Sri Aman dengan menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap terus membuat penilaian awal dan membentang satu aliran salur bantu mula air tangki jentera untuk memadam kebakaran tersebut. 

“Kenderaan terbakar 100 peratus. Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Pemilik kedai kopi cekap padam api, elak kebakaran besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.