Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta mewah musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Kereta mewah musnah terbakar

Utusan Sarawak 3 months ago

SIBU: Sebuah kenderaan mewah jenis SUV Mercedes Benz berwarna putih musnah dalam kebakaran di Lorong Wawasan 20B, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.02 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah kenderaan terbakar sepenuhnya.

“Pemilik kenderaan tiada di tempat kejadian dan nombor pendaftaran kenderaan tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan satu pancutan sumber air dari tangki jentera.

“Kebakaran itu tidak melibatkan sebarang nyawa,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Stor simpan kayu lama musnah terbakar
Next: Empat rumah dua tingkat musnah terbakar, 22 penghuni berteduh sementara di gereja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.