

SITUASI kebakaran yang berlaku di di sebuah bengkel Shell milik Syarikat Bayu Timur, Jalan Kereta Api, malam tadi.
KUCHING: Sebuah kereta jenis Hyundai Hatchback musnah terbakar dalam satu kejadian kebakaran di sebuah bengkel Shell milik Syarikat Bayu Timur, Jalan Kereta Api, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.25 malam.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi kejadian yang diketuai oleh PBK II Abdul Hakim Supian selaku Komander Operasi.
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta Hyundai Hatchback yang terbakar 100 peratus di bahagian enjin.
“Tindakan awal pemadaman telah dilakukan oleh pekerja bengkel menggunakan satu unit alat pemadam api, namun api semakin marak dan gagal dikawal,” katanya.
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari jentera bomba.
Oleh Amanda L