Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta dilaporkan terbakar di Senadin, hanya kesan haba dikesan
  • KEBAKARAN

Kereta dilaporkan terbakar di Senadin, hanya kesan haba dikesan

Utusan Sarawak 1 day ago
PERODUA Myvi tidak terbakar seperti dilaporkan, sebaliknya hanya melibatkan kesan haba pada pendawaian sistem bunyi kenderaan berkenaan.

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong telah menerima panggilan kecemasan melibatkan kejadian kebakaran sebuah kereta di kawasan Senadin Popular, Jalan Ilmu, awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi PBT II Henry Jugah, panggilan kecemasan diterima pada 5.59 pagi, sepasukan enam anggota dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 12 kilometer dari balai.

“Jentera tiba di lokasi pada 6.11 pagi dan didapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi tidak terbakar seperti dilaporkan, sebaliknya hanya melibatkan kesan haba pada pendawaian sistem bunyi kenderaan berkenaan.

“Tindakan awal yang diambil adalah mengasingkan pendawaian neutral daripada bateri bagi mengelakkan berlakunya kebakaran berulang.

“Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, operasi ditamatkan,” katanya.

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada 6.19 pagi dan tamat sepenuhnya pada 6.42 pagi tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan besar.

Turut berada di lokasi kejadian ialah dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan pemantauan dan kawalan keselamatan.

Oleh Adum Liu

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kemas kini: Tiada kecederaan dilaporkan, mangsa kebakaran Batu 13 terima bantuan
Next: Tiang elektrik terbakar akibat litar pintas di Jalan Kampung Batu 1, Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.