Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta bertembung lori di Bekenu, dua mangsa cedera tersepit
  • KEMALANGAN

Kereta bertembung lori di Bekenu, dua mangsa cedera tersepit

Utusan Sarawak 12 hours ago

REMUK… Keadaan kereta yang dinaiki dua mangsa selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Pesisir Pantai Miri–Bintulu berhampiran Simpang Bekenu, tengah hari tadi. Foto Bomba Batu Niah

BEKENU: Dua individu cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Pesisir Pantai Miri–Bintulu, berhampiran Simpang Bekenu, tengah hari tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut diterima sekitar 12.51 tengah hari.

Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira 23 kilometer dari balai.

“Kedua-dua mangsa tersepit di bahagian hadapan kenderaan dan berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas oleh pasukan bomba,” menurut kenyataan PGOB Sarawak.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan ambulans Batu Niah untuk rawatan lanjut di fasiliti kesihatan berhampiran.

Sementara itu, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penumpang wanita tersepit selepas kenderaan terbabas di tepi jalan
Next: Pemandu maut, empat cedera dalam kemalangan dua kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.