Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kereta api dari Sabah-Lawas?
  • TEMPATAN

Kereta api dari Sabah-Lawas?

Utusan Sarawak 3 years ago

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) akan mengkaji setiap cadangan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) untuk menyambung perkhidmatan laluan kereta api Sabah hingga ke Sarawak di Lawas.

Timbalan Menteri MOT, Dato Henry Sum Agong menjelaskan bahawa pihak kementerian akan mengambil semua input dan cadangan yang diterima daripada JKNS dan masyarakat Lawas untuk kajian.

Namun demikian beliau menjelaskan bahawa segalanya perlu melalui persetujuan Kerajaan Sarawak khususnya Ketua Menteri Sarawak.

Henry Sum yang juga Ahli Parlimen Lawas turut menambah cadangan yang dikemukakan adalah baik dan mempunyai kelebihan jangka panjang dalam menyambut pembangunan ibu negara Indonesia di Kalimantan.

Beliau ditemui media semasa melawat ibu pejabat Stesen Keretapi Negeri Sabah di Kinarut berdekatan Kota Kinabalu.

Pada lawatan kerja itu, beliau dipamirkan dengan aset JKNS berupa kepala keretapi baharu dan gerabak baharu JKNS yang baru dibeli daripada China dan India.

Terdapat enam gerabak baharu yang mampu membawa penumpang dan kargo bermuatan berat daripada Kota Kinabalu ke Beaufort hingga ke Tenom.

Pada masa yang sama, JKNS juga dalam perancangan membina laluan keretapi daripada Kota Kinabalu hingga ke Tawau.

Continue Reading

Previous: Varian Omicron dominan di Sarawak
Next: Kerajaan bina 3,000 unit rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.