Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kereta api China–Korea Utara tiba di Pyongyang selepas tergendala enam tahun
  • GLOBAL

Kereta api China–Korea Utara tiba di Pyongyang selepas tergendala enam tahun

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEORANG lelaki mengambil gambar papan tanda kereta api K27 yang menuju ke Pyongyang ketika penumpang menunggu kereta api mereka di Stesen Kereta Api Beijing, Beijing pada 12 Mac 2026. Foto AFP

BEIJING, China: Sebuah kereta api penumpang dari China tiba di ibu negara Korea Utara pada Khamis, menandakan penyambungan semula perkhidmatan selepas tergendala selama enam tahun akibat pandemik Covid-19.

China merupakan rakan dagang terbesar Korea Utara serta sumber utama sokongan diplomatik, ekonomi dan politik kepada negara nuklear yang terpencil itu.

Perjalanan kereta api antara kedua-dua negara jiran Asia Timur itu dihentikan pada 2020 susulan penutupan sempadan yang ketat bagi mengekang penularan koronavirus.

Agensi berita kerajaan China, Xinhua, melaporkan kereta api yang berlepas dari Dandong bandar di timur laut China yang bersempadan dengan Korea Utara tiba di Pyongyang pada petang Khamis.

Agensi berita Yonhap dari Korea Selatan sebelum ini melaporkan sebuah kereta api dilihat melintasi Jambatan Persahabatan China–Korea di Sungai Yalu.

SEORANG pelajar China memegang pasport dan tiketnya dari Dandong, China ke Sinuiji, Korea Utara di atas kereta api K27 yang menuju ke Pyongyang, di Stesen Kereta Api Beijing, Beijing pada 12 Mac 2026. Foto AFP

China Railway dalam kenyataan berasingan memaklumkan perkhidmatan kereta api biasa antara Beijing dan Pyongyang turut disambung semula pada petang Khamis.

Wartawan AFP yang menaiki kereta api K27 dari Beijing ke Pyongyang melihat beberapa gerabak dikhaskan khusus untuk penumpang yang menuju ke Korea Utara.

Beberapa pengunjung di stesen turut berkumpul di papan paparan pelepasan untuk mengambil gambar senarai perjalanan ‘Beijing ke Pyongyang’.

Kereta api malam itu dijadual berhenti di beberapa lokasi, termasuk bandar pelabuhan Tianjin, sebelum menuju ke Dandong di sempadan.

Seorang penumpang kereta api memberitahu AFP bahawa dia hanya menaiki kereta api itu untuk satu hentian sebelum turun di Tianjin.

“Bagus laluan ini dibuka semula kerana terdapat sangat sedikit sambungan kereta api antarabangsa di China,” katanya sebelum diperiksa pegawai polis.

Tukar kereta api

ORANG ramai menaiki kereta api K27 yang menuju ke Pyongyang di Stesen Kereta Api Beijing, Beijing pada 12 Mac 2026. Foto AFP

Gerabak dari Beijing yang membawa penumpang ke Pyongyang akan disambungkan kepada kereta api lain di Dandong sebelum melintasi sempadan ke bandar Sinuiju di Korea Utara, kata Rowan Beard dari Young Pioneer Tours, sebuah syarikat yang mengkhusus dalam perjalanan ke negara itu.

Gerabak berkenaan bersama gerabak domestik Korea Utara kemudian akan disambungkan kepada kereta api baharu yang menuju ke Pyongyang.

Menurut China Railway, perkhidmatan kereta api antara Beijing dan Pyongyang akan beroperasi dua hala setiap Isnin, Rabu, Khamis dan Sabtu, manakala laluan Dandong–Pyongyang akan beroperasi setiap hari.

Ejen pelancongan di kaunter tiket rasmi di Beijing memberitahu AFP bahawa sesiapa yang mempunyai visa sah kini boleh membeli tiket kereta api ke Korea Utara.

Ini termasuk warga China yang bekerja atau belajar di Korea Utara serta rakyat Korea Utara yang bekerja, belajar atau melawat keluarga di luar negara.

Prosedur keluar masuk akan dilakukan di lintasan sempadan Dandong dan Sinuiju, menurut China Railway.

Tiket kini boleh dibeli secara luar talian di beberapa bandar di China.

Penormalan semula

Penyambungan semula laluan kereta api itu melambangkan hubungan dua hala yang semakin kukuh, kata Lim Tai Wei, profesor dan pakar Asia Timur dari Universiti Soka, Jepun.

Menurutnya, langkah itu memberi akses lebih besar kepada “negara perdagangan terbesar di dunia” bagi Korea Utara serta penting kepada diplomasi serantau China.

Jurucakap Kementerian Luar China berkata mengekalkan perkhidmatan kereta api penumpang secara tetap penting bagi memudahkan pertukaran rakyat antara kedua-dua negara.

China sejak sekian lama menjadi talian hayat kepada ekonomi Korea Utara yang lemah.

Walaupun China telah membuka semula sempadannya sepenuhnya selepas pandemik, Korea Utara bergerak lebih perlahan. Penerbangan terus dan perkhidmatan kereta api dengan Rusia hanya disambung semula tahun lalu.

Namun, menurut Profesor Madya Chong Ja Ian dari Universiti Nasional Singapura, penyambungan semula perkhidmatan itu tidak semestinya menandakan peningkatan sokongan Beijing kepada Pyongyang.

“Banyak sekatan hubungan sebelum ini berpunca daripada kebimbangan Pyongyang terhadap hubungan yang lebih luas, namun kebimbangan itu kini semakin berkurang,” katanya. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung Ibu meletus di Maluku Utara, gegaran dirasai 50 saat
Next: Arab Saudi pertingkat pemeriksaan di Makkah, Madinah pada 10 hari terakhir Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.