Kaherah: Mesir mengumumkan penemuan lebih 13 keranda yang masih dalam keadaan baik dipercayai berusia lebih 2,500 tahun, lapor agensi berita Xinhua.
Keranda itu, termasuk tiga ruang tertutup, ditemui di dalam lubang sedalam 11 meter, kata kenyataan itu.
Menteri Pelancongan dan Antikuiti Mesir Khaled al-Anany dan Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Antikuiti (SCA) Mostafa Waziri mengunjungi lokasi penemuan dan memeriksa tapak ekskavasi berkenaan.
“Ia adalah penemuan keranda terbanyak dalam satu tapak perkuburan sejak Asasif Cachette,” kata menteri itu, sambil merujuk kepada penemuan 30 keranda pada Oktober 2019 di tapak perkuburan Asasif di wilayah Luxor.
“Penemuan di Saqqara termasuk koleksi keranda kayu berwarna dengan keadaan warna dan inskripsi padanya masih dalam keadaan baik meskipun sudah berusia lebih 2,500 tahun,” kata Waziri, yang mengetuai misi arkeologi Mesir di Saqqara, lapor Xinhua.
Waziri berkata, jumlah sebenar keranda yang ditemui termasuk identiti dan pangkat atau kedudukan jasad individu yang ditanam di dalamnya masih belum diketahui.
Bagaimanapun, ia akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi memandangkan kerja ekskavasi masih dilakukan.
“Misi itu meneruskan kerja ekskavasi di tapak berkenaan dan kita jangka akan menemui lebih banyak penemuan di dalam lubang berkenaan termasuk keranda kayu berwarna dan patung,” kata ketua SCA itu.
Berdasarkan pemeriksaan awal, semua keranda berkenaan ditemui dalam keadaan tertutup dan tidak pernah dibuka.
Sementara itu di Makasar, bisikan ghaib yang didengari seorang lelaki berusia 35 tahun merupakan alasannya untuk memperkosa seorang nenek berusia 65 tahun di Banggae Timur, Majene di Sulawesi Barat.
Walaupun sudah mempunyai isteri dan anak, lelaki itu tergamak melakukan perbuatan itu ketika warga emas berkenaan nyenyak tidur.
Pada kejadian berkenaan, dia memanjat masuk ke rumah nenek itu dan menghampiri mangsa yang tidur di ruang tamu.
Biarpun cuba melawan, mangsa dipukul sehingga akhirnya tidak mampu berbuat apa-apa.
Lebih kejam, lelaki itu menutup mulut wanita itu ketika melakukan perbuatan terkutuk itu.
Susulan kejadian, wanita itu membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suspek.
“Soal siasat mendapati, suspek mendakwa memperkosa nenek yang juga jirannya kerana mendengar suara ghaib,” kata pegawai polis Majene, Jamaluddin.
Selain menahan suspek, polis juga merampas beberapa barang bukti termasuk pakaian milik mangsa.-AFP