Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kerajaan tidak teruskan pelaksanaan cukai HVGT – Kementerian Kewangan
  • BISNES

Kerajaan tidak teruskan pelaksanaan cukai HVGT – Kementerian Kewangan

Utusan Sarawak 22 hours ago

KUALA LUMPUR:  Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Dalam jawapan bertulis dimuat naik di laman sesawang Parlimen semalam, bagaimanapun MoF berkata prinsip bagi pengenaan HVGT tersebut telah diterapkan dalam kajian semula cukai jualan bermaksud barang mewah dan pilihan dikenakan cukai pada kadar lima peratus atau 10 peratus.

MoF berkata demikan bagi menjawab soalan dikemukakan oleh Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) yang ingin tahu mengenai unjuran penambahan pendapatan negara hasil daripada pelaksanaan reformasi fiskal termasuk pengenalan HVGT, cukai barangan digital (DGT), cukai keuntungan modal (CGT) dan cukai barang bernilai rendah (LVG) serta peluasan cukai SST dan rasionalisasi subsidi yang sedang dan bakal dilaksanakan.

Cadangan pengenalan HVGT pertama kali diperkenalkan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 pada Februari 2023.

HGVT berjulat antara 5.0 dan 10 peratus pada mulanya dirancang untuk dilaksanakan menjelang Mei 2024 dan kerajaan menjangka menjana tambahan RM700 juta setiap tahun daripada HVGT.

Namun, kerajaan pada ketika itu memaklumkan bahawa ia memerlukan masa untuk berunding dengan pihak berkepentingan yang relevan bagi memastikan pelaksanaan HVGT dapat dijalankan dengan berkesan tanpa menjejaskan ekonomi.

Sementara itu, MoF berkata kerajaan telah mengambil beberapa langkah di bawah cukai langsung dan cukai tidak langsung untuk mengukuhkan kutipan hasil negara.

Antaranya ialah Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang telah bermula secara efektif pada 1 Mac, 2024.

“Berdasarkan jumlah dan nilai urus niaga semasa bagi saham tidak tersenarai, Kerajaan menganggarkan kutipan hasil adalah sekitar RM800 juta setahun,” katanya.

Semakan kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai, 2025 juga dijangkakan memberi pertambahan hasil sebanyak RM5 bilion bagi tahun 2025 dan berganda kepada RM10 bilion bagi tahun 2026.

Dalam pada itu, penyasaran subsidi diesel setakat ini telah menjana penjimatan dana kerajaan sehingga RM600 juta sebulan.

Sementara itu, pelaksanaan cukai barang bernilai rendah (LVG) berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2024 mencatatkan kutipan cukai sekitar RM500 juta bagi tahun 2024.

— Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah
Next: Harga runcit RON97 turun empat sen kepada RM3.17 seliter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.