Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan tidak teragak-agak ambil tindakan
  • TEMPATAN

Kerajaan tidak teragak-agak ambil tindakan

Utusan Sarawak 4 years ago
KAWALAN KETAT …Pihak tentera memasang kawat berduri di sekeliling kawasan tersebut selepas dikenakan PKPD mulai 5 Mac lalu.

BINTULU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang dikuatkuasakan di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills adalah bukti kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih ketat dalam mengekang penularan Covid-19.

Justeru, Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing menggesa pemilik dan penyewa di lokasi terbabit untuk menjadikan PKPD itu sebagai iktibar agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan wabak tersebut.

“Ini adalah kali pertama pihak berkuasa menggunakan pendekatan memasang kawat berduri bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Oleh itu, beliau amat berharap supaya orang ramai akan memahami betapa serius dan pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu dalam memastikan jangkitan Covid-19 dapat dibendung.

Tambahnya, jika tiada pilihan, satu-satunya cara untuk memutuskan rantaian Covid-19 dalam kalangan orang awam adalah dengan mengambil pendekatan sedemikian.

“Saya berharap orang ramai akan mendapat pengajaran daripada kes ini dan tidak berfikir bahawa mereka boleh membuat spekulasi dan mengeksploitasi kelemahan, atau bahkan tidak mengambil serius walaupun tahu bahawa inisiatif mereka boleh membawa kepada kebimbangan tersembunyi dalam penularan wabak ini,” jelas Dato’ Seri Tiong.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan bahawa mereka yang tidak mematuhi SOP mungkin dapat mengelak diri daripada tindakan undang-undang, namun tidak terlepas daripada rasa bersalah.

“Kita harus tahu bahawa petugas barisan hadapan telah bekerja keras untuk melindungi kita daripada wabak Covid-19 dan terpaksa berada di bawah tekanan fizikal serta psikologi yang luar biasa.

“Oleh itu, kita perlu menghargai kerja keras petugas barisan hadapan dan memberi sokongan mereka dengan tindakan yang praktikal,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: ALPH lawat Tabung Darah HUS
Next: ILMU TEKNOLOGI BAHARU PEMANGKIN EKONOMI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.