Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan tidak kompromi semua projek infrastruktur di Sarawak
  • SEMASA

Kerajaan tidak kompromi semua projek infrastruktur di Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
BERSALAMAN…Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersalaman dengan penduduk  semasa tiba pada Majlis Pecah Tanah Projek Menurap Jalan ke Kampung Ulu Teru di Tinjar  hari ini.

MIRI: Kerajaan Sarawak tidak akan berkompromi terhadap sebarang kelewatan atau kegagalan dalam semua projek infrastruktur yang dilaksanakan di negeri ini.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setiap projek mesti disiapkan mengikut jadual serta memenuhi spesifikasi ditetapkan kerana kelewatan akan memberi kesan langsung kepada rakyat.

“Kelewatan projek bukan sahaja menjejaskan pembangunan, malah memberi kesan kepada kehidupan rakyat yang bergantung kepada kemudahan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Menurap Jalan ke Kampung Ulu Teru di sini, hari ini.

HADIR …Antara penduduk yang hadir pada Majlis Pecah Tanah Projek Menurap Jalan ke Kampung Ulu Teru di Tinjar hari ini.

Menurut Douglas, sebagai antara projek yang sedang dilaksanakan, kerja menaik taraf Jalan Ulu Teru melibatkan peruntukan RM45.2 juta merangkumi jajaran sepanjang sekitar 23.4 kilometer.

Katanya, projek itu melibatkan naik taraf jalan sedia ada sepanjang 21.5 kilometer serta pembinaan jalan baharu sejauh 1.9 kilometer mengikut standard Jabatan Kerja Raya (JKR) R1.

“Skop projek turut merangkumi pembinaan enam jambatan jenis rasuk keluli gulung, sebuah jambatan konkrit, pemasangan culvert, sistem perparitan serta perabot jalan,” ujarnya.

Beliau berkata, projek tersebut telah bermula pada 18 Disember 2025 dan dijangka siap menjelang Disember 2027.

BERSALAMAN…Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersalaman dengan penduduk  semasa tiba pada Majlis Pecah Tanah Projek Menurap Jalan ke Kampung Ulu Teru di Tinjar  hari ini.

Menurutnya, projek itu akan memberi manfaat secara langsung kepada 14 rumah panjang melibatkan 397 pintu dengan anggaran 2,500 penduduk.

Selain itu katanya, sebanyak 35 lagi rumah panjang di kawasan sekitar termasuk Sungai Nat, Sungai Lamah dan Bukit Limau melibatkan sekitar 5,600 penduduk turut akan menikmati manfaat pembangunan berkenaan.

“Dengan adanya jalan ini, penduduk tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada Jalan Kilometer 10 sebagai laluan utama, sekali gus memudahkan pergerakan ke pekan, sekolah, klinik serta kawasan pertanian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak meningkatkan pemantauan secara agresif termasuk memastikan pegawai penguasa turun ke tapak bagi memantau kemajuan projek.

Uggah turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk  Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kelulusan pelbagai projek pembangunan luar bandar.

Beliau berkata, bagi daerah Marudi sahaja, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah meluluskan lebih RM722 juta bagi pelaksanaan 52 projek infrastruktur.

“Daripada jumlah itu, 25 projek telah siap, empat sedang dalam pelaksanaan bernilai RM387 juta, manakala 23 projek lagi bernilai RM335 juta kini dalam peringkat tender,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan semua projek tersebut membuktikan komitmen kerajaan dalam merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar selaras dengan aspirasi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Guna media sosial untuk jana pendapatan, bukan sebar fitnah – Abang Johari
Next: Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.