Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kerajaan tidak bercadang ganti subsidi bahan api dengan rebat tunai – Amir Hamzah
  • BISNES

Kerajaan tidak bercadang ganti subsidi bahan api dengan rebat tunai – Amir Hamzah

Utusan Sarawak 13 hours ago
KERAJAAN kekal subsidi bersasar BUDI95, tiada rebat tunai ganti bahan api – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menggantikan subsidi bahan api di bawah skim BUDI 95 dengan rebat tunai sebagai insentif untuk menggalakkan peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) atau hibrid, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata langkah itu akan mengubah tujuan asal pelaksanaan BUDI95 dan berpotensi menjejaskan keberkesanan penyasaran subsidi kepada kumpulan yang masih bergantung kepada kenderaan enjin pembakaran dalaman.

“Objektif utama BUDI95 adalah beralih daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar dan memastikan bantuan bahan api terus disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan bergantung kepada petrol sebagai sumber pendapatan atau keperluan harian,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr Lingeshwaran R. Arunasalam yang ingin mengetahui sejauh mana keberkesanan kuota 600 liter dalam menggalakkan peralihan pemandu kepada kenderaan elektrik (EV) atau hibrid.

Sehubungan itu, katanya BUDI95 bukan bertujuan untuk menggalakkan peralihan pemandu kepada EV atau hibrid.

“Keberkesanan pelaksanaan BUDI95 dinilai berdasarkan keupayaannya mengurangkan ketirisan, melindungi kumpulan sasaran selain mengekalkan kestabilan pelaksanaan dari segi pengalaman pengguna memanfaatkan subsidi BUDI95,” katanya.

Amir Hamzah berkata dasar peralihan kepada EV dan hibrid ditangani melalui rangka kerja dan inisiatif berasingan termasuk pembangunan infrastruktur pengecasan dan pelaksanaan Dasar Automotif Nasional.

“Pendekatan ini bertujuan memastikan setiap dasar mencapai objektif masing-masing tanpa bercanggah antara satu sama lain,” katanya. 

Sementara itu, katanya berdasarkan data Disember 2025, lebih 106,000 atau 65 peratus daripada kira-kira 164,000 pemandu perkhidmatan e-hailing yang berdaftar layak menikmati subsidi bahan api di bawah skim BUDI 95 pada kadar sekurang-kurangnya 600 liter hingga 800 liter. 

Beliau berkata jarak perjalanan bulanan setiap pemandu e-hailing akan ditentukan berdasarkan penggabungan data perjalanan daripada semua pengendali e-hailing (EHO) dan pengesahan data dikendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di Sabah dan Sarawak. 

Katanya hanya pemandu warganegara Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Perkhidmatan Awam (PSV) dan permit e-hailing yang sah akan dipertimbangkan bagi kelayakan subsidi di bawah skim itu.

Amir Hamzah berkata bagi mengelak ketirisan subsidi kepada pemandu yang tidak aktif atau tidak sah, semua EHO diwajibkan mengemukakan rekod perjalanan bulanan yang tepat, lengkap dan sahih kepada APAD dan LPKP pada awal setiap bulan.

“Pemandu yang tidak mencatatkan aktiviti perjalanan minimum berdasarkan jarak perjalanan yang ditetapkan pada bulan terdahulu tidak akan menerima kelayakan tambahan secara automatik,” katanya.

Beliau menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap pemandu atau EHO yang didapati mengemukakan maklumat palsu, meragukan atau bercanggah dengan rekod dalam sistem.- Bernama 

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi semalaman Wall Street

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.