Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan terus banteras kegiatan perjudian haram – PM Anwar
  • NASIONAL

Kerajaan terus banteras kegiatan perjudian haram – PM Anwar

Utusan Sarawak 6 hours ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan perjudian haram di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sehingga kini, hasil tindakan penguatkuasaan membanteras kegiatan berkenaan menyaksikan nilai rampasan mencecah berbilion ringgit.

Bagaimanapun, Anwar mengakui terdapat beberapa cabaran dalam usaha membendung kegiatan itu di negara ini.

“Cuma tidak mudah kerana judi dalam talian kadang-kadang berpangkalan di luar negara. Keduanya, mekanisme elektronik itu sangat canggih, dia boleh buka dan tutup dengan kadar yang segera,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) sama ada kerajaan melihat pembanterasan operator perjudian haram sebagai langkah pelengkap untuk menutup ketirisan hasil negara supaya usaha konsolidasi fiskal tidak bergantung kepada mengurangkan subsidi sahaja.

Mengulas lanjut, Anwar berkata selain langkah penguatkuasaan bagi menangani aktiviti perjudian haram, kerajaan juga memberikan tumpuan meningkatkan kebertanggungjawaban dan kesedaran rakyat terhadap perkara bertentangan dengan undang-undang negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Laporan Azam Baki gagal isytihar harta tidak benar, jejaskan imej dan reputasi – SPRM
Next: Sapuan berus pembawa tuah: Seni kaligrafi cina terus dipelihara di Kelantan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.