Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan teliti penambahbaikan skim perjawatan guru Kafa
  • NASIONAL

Kerajaan teliti penambahbaikan skim perjawatan guru Kafa

Utusan Sarawak 15 hours ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan bercakap pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti penambahbaikan skim perjawatan bagi memastikan kebajikan 36,500 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) terus diperkukuh, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama agensi pelaksanaan Kafa negeri, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam kini mengadakan sesi libat urus bagi merangka model perjawatan yang lebih teratur.

“Ini termasuklah kemungkinan pelaksanaan perjawatan secara perkhidmatan kontrak yang lebih tersusun dan hampir menyerupai struktur perjawatan tetap,pada masa hadapan.

“Perbezaan ketara jadual operasi Kafa antara negeri iaitu sama ada tiga, empat atau lima hari seminggu menjadikan penelitian menyeluruh diperlukan sebelum kerajaan dapat melaksanakan sebarang penyelarasan skim perjawatan,” katanya.

Zulkifli berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Dr Jufitri Joha yang ingin tahu sejauh mana kerajaan bercadang untuk menyerap guru Kafa kepada status jawatan tetap pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau turut memaklumkan jumlah guru Kafa telah ditambah daripada 35,000 kepada 36,500 tahun ini, dan setiap guru menerima elaun RM1,100 sebulan.

Mengenai kebajikan guru Kafa, Zulkifli berkata kerajaan telah mengambil pelbagai langkah termasuk penambahan kuota 1,500 guru baharu tahun ini, Bantuan Khas Kewangan RM500 dan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM250.

“Selain itu, caruman majikan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO), manfaat cuti rehat khas, cuti sakit, cuti tanpa rekod serta kelayakan elaun penuh apabila sesi Kafa jatuh pada cuti umum, cuti persekolahan, cuti peristiwa, kuarantin dan beberapa cuti lain,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Hantaran berbaur kebencian di media sosial perlu dihentikan – Titah Sultan Selangor
Next: KWSP, JIM kongsi data lebih tepat, perkasa caruman pekerja bukan warganegara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.