Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan teliti mekanisme perlindungan menyeluruh kepada mangsa jenayah siber
  • NASIONAL

Kerajaan teliti mekanisme perlindungan menyeluruh kepada mangsa jenayah siber

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bercakap kepada pemberita selepas hadir ke National Cyber Security Summit (NCSS) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang menjalankan kajian khusus bagi meneliti mekanisme perlindungan yang lebih menyeluruh kepada mangsa jenayah siber, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. 

Beliau berkata kajian yang dijalankan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) itu akan meneliti beberapa perkara termasuk langkah bagi membantu mangsa penipuan dalam talian mendapatkan semula wang yang hilang selain hukuman lebih tegas.

Azalina berkata BHEUU akan meneliti amalan terbaik dari negara luar dalam melindungi hak mangsa, selain menilai kesesuaian pelaksanaannya di Malaysia.

“BHEUU buat kajian lebih mendalam tentang isu mangsa dalam jenayah siber bukan saja bagi elemen jenayah siber, online harms, dan kesalahan berkaitan digital. 

“Beberapa negara punya bidang kuasa macam di Singapura yang melibatkan hukuman sebat kepada pesalah. Kita hanya kenakan denda dengan hukum penjara, jadi kita akan buat kajianlah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSS) 2026 di sini, hari ini.

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (dua kiri) menjadi salah seorang panel pada National Cyber Security Summit (NCSS) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Turut sama Ketua Pengarah Keselamatan Negara Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin (tiga kiri), Timbalan Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Zulkarnain Mohd Yasin (dua kanan) dan Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan / Pelaburan Bersindiket) Bukit Aman SAC Marvin Tan Seng Kian (kanan). Foto BERNAMA

Beliau berkata ketika ini, kerangka perundangan negara lebih tertumpu pada tindakan terhadap pelaku jenayah menerusi undang-undang seperti Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah, manakala aspek perlindungan kepada mangsa masih memerlukan penelitian.

“Kita mahu buat kajian ini supaya kita dapat tengok beberapa negara, jenis hukuman … elemen kepada mangsa. Yang banyak sekarang ini, undang-undang kita menghukum dalangnya, tetapi mangsa tidak (dapat perlindungan) apa-apa kecuali dia buat laporan, selepas itu ada kalanya duit (yang hilang) pun tidak dapat balik, itu yang kita mahu kaji semula,” katanya.

Azalina berkata mekanisme diamalkan di negara seperti United Kingdom (UK) dan Australia yang membolehkan mangsa penipuan dalam talian menerima bayaran balik dalam keadaan tertentu menjadi keutamaan dalam kajian ini.

“Seperti di UK dan Australia, apabila menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian, bank yang terlibat akan pulangkan semula duit mangsa. 

“Negara kita pula, Bank Negara belum membuat keputusan tersebut tetapi perkara itu ada dalam kajian ini,” katanya sambil menambah tempoh masa kajian berkenaan akan siap belum dapat dipastikan lagi.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan teliti dakwaan pengusaha stesen minyak tanggung kerugian – Anwar
Next: Jangan ambil tindakan terhadap wartawan sewenangnya, perlu rujuk Majlis Media Malaysia – Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.