Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan teliti keperluan tempatkan PDRM di stesen minyak di sempadan – Fahmi
  • NASIONAL

Kerajaan teliti keperluan tempatkan PDRM di stesen minyak di sempadan – Fahmi

Utusan Sarawak 12 hours ago
MENTERI Komunikasi yang jugajurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, bercakap mengenai taklimat krisis tenaga global pada sidang media mingguan Kabinet di Putrajaya hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini meneliti keperluan menempatkan anggota keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) di stesen minyak di sempadan negara bagi meningkatkan kawalan keselamatan, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata inisiatif itu diteliti susulan Jemaah Menteri dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai beberapa siri penahanan di stesen minyak di sempadan negara.

“Beberapa aspek melibatkan keselamatan perlu dipertingkat dan Jemaah Menteri sedang mempertimbang keperluan kehadiran anggota keselamatan khususnya anggota PDRM,” katanya pada taklimat krisis tenaga global dan sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata agensi peneraju utama bagi tiga sektor dikenal pasti bagi membendung ketirisan iaitu sektor darat akan diterajui KPDN, sektor sempadan oleh PDRM manakala sektor perairan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sementara itu, Fahmi berkata mekanisme untuk memanfaatkan sistem MyKasih dan penggunaan MyKad bagi tujuan pemberian subsidi termasuk bagi diesel untuk rakyat Malaysia, akan diteliti Kementerian Kewangan (MOF).

“Mekanisme ini akan diteliti oleh MOF dan akan diputuskan di Jemaah Menteri sebelum diumumkan secara muktamad kelak,” katanya.

Berhubung isu yang dihadapi golongan nelayan berkaitan diesel, Fahmi berkata Jemaah Menteri meminta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan KPDN meneliti beberapa tindakan susulan termasuk mengenai perbezaan antara harga diesel bersubsidi serta pulangan hasil yang dinikmati dan diterima nelayan.

“Ia mengakibatkan aktiviti menangkap ikan terutama di kawasan pesisir pantai dan laut dalam terkesan,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan tubuh Majlis Pengurusan Bencana Negara – Fahmi
Next: Konflik Asia Barat: Pemulihan infrastruktur tenaga ambil masa panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.