Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan teliti keperluan Pegawai Psikologi
  • SEMASA

Kerajaan teliti keperluan Pegawai Psikologi

Utusan Sarawak 5 months ago
DATO Sri Nancy Shukri merakam gambar kenangan bersama yang lain pada Program Toleransi Sifar Keganasan@Advokasi Antigangguan Seksual di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan, hari ini.

SAMARAHAN:  Pegawai profesional terutamanya dalam bidang psikiatri, psikologi, dan kaunseling diperlukan bagi memberikan sokongan kepada individu yang menghadapi masalah psikologikal.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, pegawai tersebut diperlukan bagi membantu keadaan emosi mangsa agar dalam keadaan stabil.  

“Menurut hasil yang diperoleh selepas menghantar Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di Lundu, kita mendapati bahawa ramai yang sebenarnya berada dalam situasi tersebut, namun sukar untuk dikongsikan. 

“Ramai penduduk kampung bertemu dengan kaunselor PSSS untuk menceritakan masalah yang dihadapi, bahkan ada yang menangis ketika berkongsi cabaran mereka dengan kaunselor.

“Oleh itu, kita dapat lihat kaunselor memainkan peranan yang sangat penting kerana kita mahu elakkan perkara tidak diingini berlaku dalam kalangan masyarakat di negeri atau negara mahupun di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi dialog awam Program Toleransi Sifar Keganasan@Advokasi Antigangguan Seksual di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan lebih ramai pegawai dilahirkan pada tempoh masa akan datang terutamanya daripada graduan-graduan universiti. 

Menurutnya, kerjaya tersebut bukan sahaja berpotensi memberikan pendapatan yang baik sebagai pekerjaan profesional, tetapi juga mampu membantu masyarakat setempat.

“Kita sedar bahawa perkhidmatan kaunseling sebenarnya diperlukan oleh ramai orang, tanpa mengira lelaki atau wanita.

“Kita berharap pegawai-pegawai profesional ini dapat menjadi tempat yang sesuai bagi masyarakat untuk meluahkan kebimbangan mereka,” katanya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kes penyakit ASF dikesan di ladang khinzir di Mongkos, Tebedu
Next: Kelulusan Pindaan Ordinan Buruh Sarawak pastikan hak pekerja setara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.