Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan teliti kaedah penyaluran bantuan kepada pemilik bot nelayan Zon C2
  • SEMASA

Kerajaan teliti kaedah penyaluran bantuan kepada pemilik bot nelayan Zon C2

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

CHUKAI: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang meneliti kaedah terbaik bagi menyalurkan bantuan kepada pemilik bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 di seluruh negara susulan kenaikan harga diesel akibat krisis di Asia Barat.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata golongan berkenaan antara yang paling terkesan memandangkan mereka tidak menikmati Skim Kawalan Diesel Bersubsidi seperti nelayan Zon A, B dan C yang menerima subsidi pada kadar RM1.65 seliter.

Beliau berkata kenaikan harga bahan api itu telah meningkatkan kos operasi penangkapan hasil laut, sekali gus memberi tekanan kepada nelayan berkenaan.

“Golongan nelayan Zon C2 memang perlu beli diesel pada harga industri, iaitu RM5.52 seliter. Mereka telah buat rayuan dan kami melihat apa kaedah terbaik untuk kami bantu golongan nelayan berkenaan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan Kemasik di Kertih dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 31 nelayan daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kemasik menerima bantuan enjin sangkut, pukat, tong insulasi 100 liter dan jaket keselamatan. 

Muhammad Faiz berkata pada masa ini jumlah bot nelayan kategori Zon C2 yang beroperasi di seluruh negara adalah 733 buah melibatkan 9,598 nelayan manakala pendaratan ikan bot nelayan kategori Zon C2 pula berjumlah 168,511.8 tan metrik setahun.

Beliau berkata jumlah keseluruhan bot nelayan kategori Zon A pula sebanyak 41,282 buah, Zon B (4,161 buah) dan Zon C (2,997 buah).

Dalam perkembangan lain, beliau berkata jumlah pendaratan ikan negara tidak terjejas meskipun beberapa negeri berdepan fenomena cuaca panas ketika ini.

“Secara purata, jumlah pendaratan ikan di seluruh negara adalah sebanyak 707,009.83 tan metrik setiap tahun,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat dijangka melanda beberapa negeri termasuk Sarawak
Next: Persiapan haji berjalan lancar, banyak penambahbaikan dilaksana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.