Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KERAJAAN SOKONG PJM
  • TEMPATAN

KERAJAAN SOKONG PJM

Utusan Sarawak 4 years ago
PENJELASAN… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melihat pelbagai senjata, projek perumahan dan taktik perang dalam hutan yang dipamerkan di Dataran Gedong bersempena sambutan Tahun ke-88 Hari Tentera di Kampung Gedong, Simunjan semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

SIMUNJAN: Kerajaan Sarawak bersedia untuk menyalurkan peruntukan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) berikutan projek itu memberi banyak manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, program yang berpaksikan kepada rakyat itu sangat berkesan untuk membantu membangunkan kediaman, tempat ibadat dan mengadakan pameran.

“Saya telah berbincang dengan penglima bahawa kalau mereka ada kelapangan masa dan keupayaan mungkin Kerajaan Sarawak boleh mengenal pasti projek-projek yang lain yang boleh dibangunkan bersama.
“Di mana PJM tersebut akan memberikan manfaat kepada rakyat jadi ia bergantung kepada kesesuaian dan mungkin juga boleh membangunkan program PJM seperti ini di tempat-tempat lain di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Jiwa Murni (PJM) sempena Hari Tentera Diraja Malaysia Ke-88 di Dewan Masyarakat Gedong, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata untuk melaksanakan projek PJM di Gedong iaitu membina 17 buah rumah, membaik pulih lima buah titi, pembinaan infrastruktur tanah perkuburan Islam Gedong dan senggaraan Masjid Al-Kawthar Gedong yang bermula dari 28 Februari dan dijangka akan siap pada 30 April 2021 ini.

Katanya projek PJM itu turut melibatkan empat pegawai dan 122 anggota daripada pasukan 3 Regimen Askar Jurutera Diraja dan pasukan-pasukan lain di Sarawak.

“Wakil rakyat juga boleh mendapatkan kerjasama daripada tentera untuk melaksanakan projek seperti Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) namun ia bergantung kepada kelapangan masa daripada pihak tentera.

“Bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri juga ada program untuk membaiki rumah jadi tentera juga boleh membantu,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ATM serta agensi-agensi yang berkaitan di dalam membantu kerajaan negeri mengekang penularan covid-19.

“Jika dahulu musuh kita adalah komunis namun kini mempunyai musuh baharu yang tidak dapat dilihat tetapi memberi kesan yang sangat buruk kepada kita iaitu virus Covid-19.

“Terima kasih kepada ATM kerana membantu Kerajaan Negeri dalam usaha kita untuk menurunkan penularan covid-19 di negeri ini.” katanya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: 16 NGO Tasik Biru terima MRP
Next: Projek bekalan air di Gedong siap akhir tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.