Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan setuju secara dasar tambah kerusi Parlimen di Sarawak, Sabah – PM Anwar  
  • SEMASA

Kerajaan setuju secara dasar tambah kerusi Parlimen di Sarawak, Sabah – PM Anwar  

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Program Ramah Mesra PMX Sayang Sabah Bersama Pemimpin Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid hari ini. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Kerajaan secara dasarnya bersetuju menambah bilangan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak mengambil kira jumlah pengundi di kedua-dua negeri terbabit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata setakat ini tiada komitmen untuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sehingga satu pertiga daripada keseluruhan kerusi, namun kerajaan komited untuk menambah bilangan kerusi mengikut keperluan.

Katanya, penambahan kerusi itu juga antara perkara yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPM63).

“Saya maklumkan, sebagai dasar, kita perlu menambah bilangan kerusi tetapi jumlah sebenar kerusi adalah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ada komitmen untuk peningkatan. Saya telah minta peguam negeri Sabah dan Sarawak serta Peguam Negara untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya pada Sarapan Pagi dan Sembang Santai Pengamal Media Sabah bersama Perdana Menteri di sini, hari ini. 

Pada masa ini, Sabah dan Sarawak masing-masing memiliki 25 dan 31 kerusi Parlimen.

Pada 26 September lepas, ketika berucap dalam satu majlis di Tawau, Anwar mengulangi bahawa kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak akan ditambah.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menyentuh kemajuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah yang masih belum siap berbanding Sarawak, dan menekankan komitmen kerajaan untuk memastikan projek itu disiapkan melalui jawatankuasa yang betul serta proses tender yang telus.

“Saya dah dengar hampir 20 tahun mengenai Lebuh Raya Pan Borneo, tetapi di Sabah masih belum siap. Kalau nak subkontrak kepada syarikat Sabah, kita tetapkan syarat. Jika ada syarikat tempatan yang mampu, kita beri peluang,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dato Jimmy Tie adakan kunjungan rasmi ke Incheon Marine Sky
Next: PRN Sabah: Perang bendera mula rancak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.