Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Utara
  • Kerajaan sentiasa komited untuk membangunkan kawasan pedalaman – Gerawat
  • Utara

Kerajaan sentiasa komited untuk membangunkan kawasan pedalaman – Gerawat

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Gerawat Gala mengadakan lawatan kerja ke Long Kerong untuk melihat sendiri kemajuan kampung itu.

BARAM: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala mengadakan lawatan kerja sehari ke Long Kerong Baram hari ini.

Gerawat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu terharu dan menganggap kehadiran beliau ke kampung Long Kerong bukan sekadar lawatan kerja malah tanda komitmen bahawa Long Kerong tidak dilupakan.

Dalam lawatan tersebut Gerawat gembira melihat sendiri perubahan dan kemajuan yang sedang dinikmati oleh penduduk Long Kerong.

Menurut Gerawat dahulu kawasan pedalaman sering dikaitkan dengan serba kekurangan namun hari ini dapat melihat kemudahan demi kemudahan telah dibawa ke kampung ini.

Long Kerong kini sudah menikmati bekalan elektrik, jaringan telefon yang menghubungkan masyarakat dengan dunia luar serta bekalan air sistem suapan graviti dari kawasan bukit yang telah dilaksanakan melalui usaha Jabatan Hutan Sarawak.

Katanya ini semua membuktikan bahawa apabila kerajaan mempunyai iltizam politik yang kuat tiada kawasan yang terlalu jauh untuk dibangunkan.

“Hari ini kita juga menyaksikan hasil usaha kerajaan melalui projek benteng penahan hakisan yang dilaksanakan bagi melindungi tebing sungai dan keselamatan penduduk kampung,” katanya.

DATUK Gerawat bergambar kenangan dalam lawatan kerja ke Long Kerong.

Sehubungan itu Gerawat menegaskan bahawa ancaman hakisan sungai bukan perkara kecil dan jika dibiarkan ia boleh menjejaskan rumah, tanah dan laluan penduduk.

Beliau merakam terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) atas komitmen mereka merealisasikan projek ini demi kesejahteraan rakyat Long Kerong.

Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Hutan Sarawak atas pelaksanaan dua jambatan gantung yang amat penting kepada penduduk kampung.

Ujar Gerawat kerajaan di bawah pimpinan Premier Sarawak sentiasa menekankan bahawa pembangunan mesti dirasai oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan lokasi.

“Sebab itulah kerajan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membawa dasar bahawa semua rakyat Sarawak mesti maju bersama dan menikmati hasil kemajuan negeri ini,” tambah beliau.

Tegasnya selaku ADUN Mulu beliau akan terus membawa suara rakayat Long Kerong ke peringkat tinggi di mana keperluan rakyat di sini adalah tanggungjawab beliau.

“Long Kerong mempunyai masa depan yang cerah, dengan perpaduan rakyat, kepimpinan masyarakat setempat serta sokongan kerajaan yang stabil, saya yakin kampung ini akan terus maju dari tahun ke tahun,” katanya.

Oleh Jiku Jiguong

Continue Reading

Previous: Hospital Bintulu tegas larangan merokok, pesalah boleh dikompaun RM5,000
Next: Semakan projek RTP DUN Bukit Kota dilakukan untuk pastikan kelancaran perlaksanaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.