Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kerajaan segerakan pengisian lebih 4,000 jawatan doktor di fasiliti kesihatan
  • SEMASA

Kerajaan segerakan pengisian lebih 4,000 jawatan doktor di fasiliti kesihatan

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyegerakan pengisian 4,352 perjawatan di fasiliti kesihatan, termasuk lantikan doktor kontrak pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu diambil susulan keperluan mendesak terhadap sektor penjagaan kesihatan dalam negara.

“Ada keluhan beberapa jawatan penting yang menyentuh kepentingan rakyat umpamanya doktor.

“Jadi kita putuskan bahawa sementara perkhidmatan harus lebih baik, ada doktor kontrak dan doktor baharu diperlukan,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata demikian ketika mengumumkan penghargaan untuk rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap says debt reduction claim meaningless if Sarawak remains sidelined
Next: Dewan rakyat: Bantuan rakyat 2025 naik, bukti komitmen kerajaan kurangkan kos sara hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.