Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan sedia teliti undang-undang tangani isu buli – Nancy
  • TEMPATAN

Kerajaan sedia teliti undang-undang tangani isu buli – Nancy

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri ditemui pemberita selepas merasmikan Program Gempak Inspirasi @ Sepagi Bersama PPWS di Wisma SABATI hari ini. Foto BERNAMA

PETRA JAYA: Kerajaan wajar meneliti keperluan menambah baik undang-undang sedia ada bagi menangani isu buli, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri.

Beliau berkata meskipun perkara itu di luar bidang kuasa kementeriannya, pihaknya bersedia berbincang dengan kementerian berkaitan.

“Setakat ini mungkin belum ada keperluan menggubal, cuma kes buli mutakhir ini boleh memberi idea baharu untuk kita melihat penambahbaikan undang-undang, sekiranya perlu.

“Ia bukan di bawah kementerian, sebaliknya terletak di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Gempak Inspirasi @ Sepagi Bersama PPWS 2025 di sini, hari ini.

Nancy berkata perkara berkenaan juga akan dibincangkan bersama menteri lain dalam mesyuarat Kabinet.

Beliau mengulas desakan Gerakan Gubal Akta Anti-Buli (GAB) yang mahu kerajaan memperkenalkan undang-undang khusus bagi menangani gejala buli di semua peringkat.

Sebelum ini, Pengerusi Sekretariat GAB, Wan Azliana Wan Adnan dilapor berkata usaha menggubal akta itu sudah dimulakan sejak 2022, namun tiada perkembangan konkrit sehingga kini.

Bagaimanapun, Nancy menjelaskan buat masa ini tiada keperluan mewujudkan undang-undang baharu kerana kesalahan berkaitan buli sudah termaktub dalam Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 yang turut meliputi kes buli siber.

Kedua-dua akta berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024 dan Dewan Negara pada 16 Disember 2024.

Terdahulu, program anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) itu menghimpunkan 550 peserta dengan objektif memberi pendedahan mengenai fungsi agensi di bawah KPWKM untuk dimanfaatkan masyarakat negeri ini.– Bernama

Continue Reading

Previous: Wanita Bumiputera terus diperkasa, MARA salur dana keusahawanan RM33 juta
Next: Kemeriahan Perarakan Jalanan Kuching 2025 tarik ribuan pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.