Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak teruskan program bantuan bina baru, baik pulih rumah rakyat miskin
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak teruskan program bantuan bina baru, baik pulih rumah rakyat miskin

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SANTUNI RAKYAT… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyerahkan kunci rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Skim Penempatan Semula Banting Fasa 4, Banting, Lawas, hari ini.

LAWAS: Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan meneruskan projek membantu golongan miskin membaik pulih serta membina rumah baharu bagi kediaman yang telah uzur.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, beberapa agensi dan jabatan kerajaan telah digerakkan bagi membantu rakyat miskin yang layak memiliki kediaman yang selesa dan selamat.

Menurut beliau, pihak Majlis Daerah Lawas telah berjaya melaksanakan pembinaan rumah baharu sebanyak 20 unit dan baik pulih 13 unit. Di bawah penyeliaan Pejabat Daerah Lawas pula, sebanyak 28 unit rumah baharu telah dibina manakala 26 unit dibaik pulih.

Selain itu, bantuan ehsan turut disalurkan melibatkan tujuh unit rumah yang terjejas akibat kebakaran.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta setiap tahun bagi kerja-kerja baik pulih rumah sejak 2018. Di Lawas, projek baik pulih yang telah dilaksanakan di bawah Program Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) melibatkan sebanyak 706 unit rumah dengan perbelanjaan berjumlah RM6.99 juta. Projek baik pulih ini akan terus dilaksanakan,” katanya.

BERI KEMUDAHAN… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kelihatan meminta pihak Sarawak Energy untuk membuat penyambungan elektrik bagi kawasan Skim Penempatan Semula Banting Fasa 4 yang dijangka memulakan kerja hujung bulan ini.

Beliau berkata demikian semasa Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Skim Penempatan Semula Banting Fasa 4, Banting, di sini, hari ini.

Turut hadir Residen Bahagian Limbang, Yunus Tambi; Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok; ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua masyarakat dan kaum.

Dalam pada itu, Awang Tengah turut menegaskan bahawa segala kemudahan asas di Skim Penempatan Semula Banting Fasa 4 di bawah inisiatif lama kerajaan perlu dipastikan dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam tahun ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: EFS 2026 diteruskan, lebih ramai anak Sarawak terima manfaat
Next: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.