Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan Sarawak terus perkasa pembangunan luar bandar di DUN Simanggang
  • Selatan
  • WILAYAH

Kerajaan Sarawak terus perkasa pembangunan luar bandar di DUN Simanggang

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis hadir pada Majlis Gawai Ngiling Tikai dan Perasmian Projek RTP Baik Pulih Atap Rumah Panjang di Rumah Intai Kilau, Kampung San Ugol Atas, kelmarin. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Pelaksanaan pelbagai projek pembangunan infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang akan terus dipergiat bagi meningkatkan kemudahan rakyat serta membuka lebih banyak peluang ekonomi berasaskan pertanian.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, kerajaan Sarawak komited memastikan pembangunan dilaksanakan secara menyeluruh agar masyarakat luar bandar turut menikmati kemudahan asas yang lebih baik dan berkualiti.

“Semua projek ini dilaksanakan khusus untuk kemudahan rakyat selain membantu membuka akses kepada kawasan penerokaan tanah pertanian baharu bagi aktiviti ekonomi berasaskan pertanian, sekali gus meningkatkan taraf hidup serta pendapatan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gawai Ngiling Tikai dan Perasmian Projek RTP Baik Pulih Atap Rumah Panjang di Rumah Intai Kilau, Kampung San Ugol Atas, dekat sini kelmarin.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung San Ugol Atas dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang sebagai platform mendekati rakyat serta bersama-sama meraikan sambutan Gawai Ngiling Tikai.

Dalam ucapannya, Harden merakamkan penghargaan kepada penduduk Kampung San Ugol Atas kerana sudi menjadi tuan rumah dan bekerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang dalam menjayakan program tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut berkongsi perkembangan pelbagai projek pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di Sri Aman, khususnya di kawasan Simanggang.

Antara projek yang diketengahkan ialah pembinaan Jambatan Batang Lupar 2, menaik taraf Jalan Ulu Paku, menaik taraf Jalan Guntong Menalang/Sungai Tenggak, pembinaan jambatan konkrit merentangi Sungai Undop di Kampung Beleti, pembinaan Jalan Brayun Basi/Stuga serta pembinaan Menara Pemerhati Benak dan Pangkalan Ikan Bulu.

Menurut beliau, pelaksanaan projek-projek tersebut dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk terutama dari segi jaringan perhubungan, kemudahan logistik dan pembangunan sektor pertanian yang menjadi sumber ekonomi utama masyarakat setempat.

Pada majlis sama, Harden turut menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 11 pertubuhan JKKK di kawasan Batang San melibatkan jumlah keseluruhan RM45,000.

Beliau berkata peruntukan itu disalurkan oleh kerajaan Sarawak menerusi wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan serta memperkukuh pembangunan komuniti di kawasan berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Larian Separuh Maraton, beberapa jalan utama di Miri ditutup esok
Next: Karnival Rindok Ati tawar pelbagai aktiviti sepanjang lima hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.