Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kerajaan Sarawak terus komited sedia fasiliti sukan berkualiti
  • SUKAN

Kerajaan Sarawak terus komited sedia fasiliti sukan berkualiti

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Mohamad Razi Sitam merasmikan Kejohanan MSS Bahagian Betong Kali Ke-21 di Kompleks Sukan Betong, pagi tadi. -Foto MTMA

BETONG: Kerajaan Sarawak terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menyediakan fasiliti sukan yang berkualiti bagi manfaat rakyat, sejajar dengan aspirasi melahirkan generasi belia yang cemerlang dan seimbang dari segi sahsiah serta fizikal.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam, berkata selain penyediaan infrastruktur, kerajaan turut menganjurkan pelbagai program dan kejohanan sukan bagi mencungkil bakat serta melahirkan atlet yang berpotensi bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Melalui program pembangunan sukan ini, bakat para peserta, khususnya pelajar sekolah, dapat dikenal pasti dan digilap untuk mewakili daerah, bahagian serta negeri dalam pelbagai acara sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Betong Kali Ke-21 di Kompleks Sukan Betong, pagi tadi.

Menurut Razi, temasya sukan peringkat sekolah bukan sahaja menjadi platform untuk para atlet menonjolkan bakat, malah turut berperanan sebagai medan penting dalam melahirkan bakat baharu yang boleh mewakili negeri dan negara di pentas yang lebih tinggi seperti SUKMA dan Sukan SEA.

“Melalui kejohanan seperti ini, kita percaya akan muncul atlet-atlet muda yang berbakat dan berpotensi untuk menjadi pelapis kepada pasukan negeri Sarawak pada masa akan datang,” ujarnya.

Razi turut menegaskan bahawa sukan adalah elemen penting dalam pembentukan generasi yang sihat, berdisiplin dan berdaya saing. Dalam masa yang sama, beliau menyeru para pelajar agar sentiasa bersemangat dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita masing-masing.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para ibu bapa dan warga pendidik atas sokongan berterusan dalam pembangunan sahsiah dan kokurikulum pelajar.

Sebagai tanda sokongan kepada kejohanan tersebut, Razi mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Saribas selaku tuan rumah, serta RM20,000 kepada Kontinjen Bahagian Betong yang akan mewakili daerah ini ke kejohanan peringkat negeri di Sibu.

Kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan 22 kontinjen, termasuk sekolah rendah dari Zon Betong, menjadikannya antara edisi paling meriah dan menyeluruh dalam sejarah penganjuran MSS Bahagian Betong.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sibu Esports Festival 2025 jangka tarik 2,000 penggiat e-sukan
Next: United menyasarkan juara EPL 2028

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.