Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak teliti keadaan projek, tentukan keutamaan Sungai Asap
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak teliti keadaan projek, tentukan keutamaan Sungai Asap

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMANCA Umek Jeno menyampaikan cenderamata kepada Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki semasa lawatan kerja beliau ke Uma Daro di Sungai Asap, Belaga hari ini.

BELAGA: Keperluan pembangunan di Sungai Asap akan disusun semula berdasarkan keutamaan sebenar penduduk selepas penilaian tapak dilakukan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dalam lawatan kerjanya ke Uma Daro hari ini.

Menurut beliau, lawatan tersebut memberi peluang untuk melihat keadaan sebenar beberapa projek kerajaan serta mengenal pasti kemudahan yang perlu ditambah bagi menyokong operasi pentadbiran dan perkhidmatan di kawasan penempatan semula itu.

“Saya datang untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat mengenai keadaan projek dan keperluan penduduk, bukan hanya bergantung kepada laporan bertulis,” katanya.

DATUK Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berucap pada majlis ringkas sempena lawatan kerja beliau ke Uma Daro, Sungai Asap di Belaga hari ini.

Beliau berkata, pembinaan bangunan baharu Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap kekal sebagai keperluan mendesak berikutan ruang terhad di pejabat sedia ada, selain penting bagi melancarkan urusan pentadbiran.

“Bangunan baharu ini dijangka siap Mac tahun depan dan kita mahu memastikan ia memenuhi fungsi sebagai pusat pentadbiran yang lebih selesa,” katanya.

Dalam lawatan itu, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar turut meninjau tapak kuarters kerajaan, yang menurutnya penting bagi memastikan pegawai kerajaan dapat tinggal berhampiran tempat bertugas dan memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan.

DATUK Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki melawat Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap semasa lawatan kerjanya ke Uma Daro hari ini.

Beliau turut menyentuh cadangan menaik taraf rumah rehat berhampiran kawasan kuarters bagi menyediakan kemudahan penginapan kepada pegawai yang melawat atau menjalankan tugasan rasmi di Sungai Asap.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri akan menyelaraskan tindakan susulan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) berhubung projek jalan kecil yang belum bermula, serta meneliti beberapa cadangan tambahan yang dibangkitkan masyarakat setempat.

DATUK Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki melawat Pejabat Daerah Kecil Sungai Asap semasa lawatan kerjanya ke Uma Daro hari ini.

Antaranya termasuk keperluan menambah kakitangan, meningkatkan fasiliti pejabat daerah dan membangunkan ruang rekreasi kanak-kanak sebagai kemudahan komuniti.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas sambutan masyarakat Uma Daro dan berkata lawatan sedemikian penting bagi memastikan dasar pembangunan negeri selari dengan realiti di lapangan.

“Kita mahu keutamaan pembangunan ditentukan berdasarkan apa yang benar-benar diperlukan penduduk, bukan sekadar perancangan di atas kertas,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Keselamatan awam perlu diberi penekanan sepanjang pembinaan ART
Next: RM20 juta disalur kepada 126 sekolah mubaligh di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.