Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak sasar 20,000 kompeten menjelang 2030
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak sasar 20,000 kompeten menjelang 2030

Utusan Sarawak 2 years ago

MENGAKREDITASI … Datuk Julaihi Narawi menyerahkan Sijil Pentauliahan Unit Inspektorat Elektrik (EIU) kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) yang diwakili oleh Pengerusi CENTEXS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani di CENTEXS Santubong, hari ini.

KUCHING: Bagi memastikan pepasangan selamat dan mengikuti piawaian yang telah ditetapkan, kerja-kerja pepasangan elektrik mesti dilakukan atau diselia sepenuhnya oleh orang kompeten.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata sedemikian dengan menegaskan untuk mendapatkan sijil kompetensi ini, individu itu perlu menghadiri kursus kompetensi dan lulus dalam peperiksaan yang dijalankan.

“Oleh demikian, kementerian saya berkerjasama rapat dengan institusi-institusi yang ditauliahkan bagi meningkatkan pengambilan pelatih untuk menyertai pelbagai kursus kompetensi di institusi masing- masing,” katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Unit Inspektorat Elektrik (EIU) kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di CENTEXS  Santubong, hari ini.

Julaihi berkata, kini terdapat seramai hampir 10,000 kompeten dalam pelbagai bidang seperti pedawai, penjaga jentera dan pencantum kabel di negeri ini dan menjelang 2030, Kerajaan Sarawak menyasarkan 20,000 kompeten dalam pelbagai bidang.

Di samping itu, kementeriannya menggalakkan institusi-institusi pengajian lain yang memenuhi kriteria ini memohon untuk diakreditasi bagi menjalankan kursus-kursus kemahiran elektrik.

“Setakat ini, kementerian telah mengakreditasi 30 institusi termasuk CENTEXS dan Pusat Pembelajaran Sarawak Energy (SELC) sebagai tempat menjalankan pelbagai kursus-kursus kompetensi elektrik di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, kementeriannya telah mengakreditasi empat institusi milik CENTEXS di Sarawak termasuk CENTEXS Kuching bagi menjalankan kursus Wireman Grade 2 dan Grade 1.

Selain itu, SELC mempunyai pentauliahan yang penuh merangkumi kursus-kursus seperti Pendawai (Wireman) untuk Gred 1 dan 2; Penjaga Jentera (Chargeman) untuk semua kategori; Pencantum Kabel (Cable Jointers); Operasi Pensuisan Voltan Tinggi (High Voltage Switching Operation) dan Kontraktor Pepasangan Elektrik (Electrical Installation Contractor) termasuk kursus pengujian litar.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Lima masjid, surau tingkatkan sosioekonomi menerusi pertanian pintar
Next: Sarawak Fruit Enterprise hasilkan produk pelbagai berasaskan dabai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.