Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kerajaan Sarawak sasar 10,000 penerima komputer riba percuma tahun ini
  • PENDIDIKAN

Kerajaan Sarawak sasar 10,000 penerima komputer riba percuma tahun ini

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar kenangan bersama yang lain selepas menyempurnakan simbolik penyerahan kompoter riba kepada lima pelajar di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak menyasarkan seramai 10,000 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima komputer riba percuma pada tahun ini dalam usaha memperkasakan agenda pendidikan digital.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman, berkata langkah ini susulan kejayaan fasa awal program dua tahun lalu iaitu pada 2024 dan 2025 yang telah memanfaatkan seramai 20,009 pelajar IPT dengan peruntukan mencecah RM61 juta.

Jelas beliau, pemberian fasa kedua tahun ini telah bermula dengan lebih kurang 5,700 pelajar telah dikreditkan baucar pembelian komputer riba berkenaan melibatkan kos RM17 juta.

“Program ini merupakan kumpulan kedua yang dilaksanakan yang mana bagi kumpulan pertama, pengagihan telah dibuat pada 2025 melibatkan lebih 5,000 penerima dan pada hari ini, sebanyak lebih 5,000 lagi laptop diagihkan kepada penerima baharu.

DATO Fazzrudin Abdul Rahman bercakap pada sidang media media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

“Secara keseluruhan bagi 2025 sahaja, termasuk pengagihan terbaharu ini, jumlah peruntukan yang terlibat adalah kira-kira RM30 juta dan pada tahun lalu kerajaan telah mengagihkan laptop dengan nilai peruntukan keseluruhan sebanyak RM28.7 juta,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Dalam kunjungan itu, Abang Johari turut menyempurnakan simbolik penyerahan kepada lima pelajar iaitu Nursyaridah Aleeyah Mohd Ali dan Muhammad Halqim Masrah dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Karen Bong Kai Hui dari Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Jayviques Paran dari Univerisiti Kolej i-CATS dan Elister Edwards Erim dari Politeknik Kuching Sarawak.

LIMA pelajar bergambar kenangan selepas menerima komputer riba. Foto UKAS

Dalam pada itu, Dato Fazzrudin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sarawak, menambah selain pemberian komputer riba percuma, kerajaan Sarawak turut menyediakan inisiatif lain dalam usaha membantu anak-anak Sarawak melanjutkan pelajaran mereka termasuklah baucar buku percuma, bantuan kewangan khas, program perkhidmatan pengangkutan percuma pelajar sekolah serta bantuan pakaian seragam sekolah.

Menyentuh mengenai Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (IGPS), beliau memberi jaminan bahawa program berkenaan akan diteruskan pada tahun ini.

“Setiap tahun, kita memperuntukkan sebanyak RM8 juta bagi pelaksanaan program ini dan alhamdulillah, peruntukan tersebut berjaya diagihkan sepenuhnya kepada para pemohon pada setiap tahun.

“Berdasarkan unjuran, program ini dijangka melibatkan kira-kira 22,000 perjalanan setahun dan dianggarkan melibatkan sekitar 10,000 hingga 11,000 pelajar secara keseluruhan,” jelasnya lagi. – UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Simposium Pendidikan Lawas 2026 perkukuh hala tuju sekolah di Daerah Lawas
Next: Pendaftaran program STEM IPT milik Sarawak catat peningkatan ketara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.