Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak rancang pemulihan pasca monsun, fokus penyelesaian jangka panjang
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak rancang pemulihan pasca monsun, fokus penyelesaian jangka panjang

Utusan Sarawak 5 hours ago
 ABANG Johari pada sidang media sempena lawatan beliau ke PPS di Bintulu.

BINTULU: Kerajaan Sarawak akan memberi tumpuan kepada perancangan jangka panjang termasuk kerja pemulihan infrastruktur selepas musim monsun berakhir bagi mengelakkan kerosakan berulang akibat banjir.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerja pembaikan jalan raya dan infrastruktur yang terjejas tidak dapat dilaksanakan segera kerana masih terdapat risiko gelombang banjir susulan dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, pendekatan tersebut penting bagi memastikan usaha pembaikan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan lebih berkesan.

“Kita jangka mungkin akan ada gelombang kedua atau ketiga.

“Jika kita baiki sekarang, ada kemungkinan rosak semula.

“Sebab itu pembinaan semula akan dilaksanakan selepas musim monsun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Bintulu, hari ini.

KEADAAN PPS Dewan Suarah Bintulu yang menempatkan mangsa banjir.

Abang Johari turut memaklumkan kerajaan negeri akan meneliti penyelesaian kejuruteraan dan perancangan jangka panjang bagi menangani masalah banjir, termasuk isu pemendapan sungai dan sistem perparitan di kawasan bandar yang pesat membangun.

Dalam pada itu, beliau berkata situasi banjir di Sarawak menunjukkan pemulihan apabila jumlah PPS yang beroperasi berkurangan dan jumlah mangsa terus menurun berbanding peringkat awal kejadian.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Bot nelayan kotak diarah berpindah dari jeti selepas sedekad berlabuh
Next: Persediaan awal bantu kebajikan mangsa banjir di Bintulu terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.